Jump to content

Wn/ms/Tokyo perkenal aplikasi janji temu pasangan, usaha naikkan kadar kelahiran

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Tokyo perkenal aplikasi janji temu pasangan, usaha naikkan kadar kelahiran

6 Jun 2024 (Khamis)

TOKYO - Kerajaan Metropolitan Tokyo bakal melancarkan aplikasi janji temu sosial dalam masa beberapa bulan mendatang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menaikkan kadar kelahiran nasional yang semakin berkurangan, menurut jurucakap kerajaan pada Selasa.

Shibuya, Jepun (2015)
Imej: Benny Ang.

Aplikasi itu dikendalikan oleh kontraktor swasta yang dilantik, akan mengenakan yuran langganan kepada pengguna. Proses pendaftaran juga menjadi lebih teliti, dengan pengguna diminta untuk memberikan gambar identiti selain perlu mengemukakan sijil pendapatan dan membuktikan status perkahwinan melalui daftar keluarga atau dokumen rasmi lain.

Pengguna juga perlu memasukkan sehingga 15 jenis maklumat peribadi seperti ketinggian, latar pendidikan dan pekerjaan, di mana maklumat-maklumat ini akan diproses oleh aplikasi bagi tujuan pencarian pasangan yang sepadan. Sesi temu bual bersama pengendali aplikasi juga diwajibkan sebelum melengkapkan pendaftaran.

Menurut jurucakap kerajaan Tokyo, semua keperluan itu diterapkan sebagai cara bagi mengelakkan masalah kredibiliti yang sering berlaku ke atas aplikasi janji temu sosial sedia ada. "Jika ramai individu berminat untuk berkahwin tapi belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai, kami ingin menawarkan sokongan," katanya. "Kami harap dengan aplikasi ini, dengan jaminan dari kerajaan akan menawarkan persekitaran yang selamat dan menggalakkan mereka yang ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan melalui aplikasi lain untuk mengambil langkah pertama dalam mencari pasangan mereka."

Untuk rekod, tahun lepas Jepun merekodkan sehingga dua kali ganda kes kematian berbanding kelahiran baru. Jumlah kelahiran baru berkurang kepada 758,631, berbanding jumlah kematian yang direkodkan pada 1,590,503. Manakala kadar perkahwinan di Jepun juga merekodkan penurunan kepada 474,717, berbanding 504,930 pada tahun 2022.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog