Wn/ms/Syarikat telekomunikasi SingTel didenda

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Syarikat telekomunikasi SingTel didenda

22 September 2012 (Sabtu)

Menara telekomunikasi milik SingTel di Ayer Rajah

SINGAPURA 22 Sept. − Syarikat telekomunikasi terkemuka, SingTel telah dikenakan denda sebanyak $380,000 disebabkan masalah gangguan yang berlaku pada perkhidmatan telefon talian tetap dan televisyen berbayar pada tahun lalu.

Daripada sejumlah denda tersebut, Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) mengenakan denda $300,000 kerana menjejaskan perkhidmatan telefon talian tetap bagi 500 pengguna pada 28 dan 29 Oktober dan 4 November lalu manakala baki denda sebanyak $80,000 pula dikenakan oleh Penguasa Pembangunan Media (MDA) Singapura kerana gangguan dalam perkhidmatan Mio TV pada tiga hari yang sama kepada 850 pengguna.

Kawasan terjejas disebabkan gangguan tersebut adalah di kawasan Tampines, Changi, Pasir Ris, Bukit Panjang, Bukit Timah dan Woodlands.

Dalam kenyataan pada hari semalam, pihak IDA berkata siasatan menunjukkan bahawa gangguan itu disebabkan oleh sebuah had muatan perkakasan bagi Terminal Talian Optik (OLT) di Tampines Exchange dan Bukit Panjang Exchange.

Berikutan gangguan-gangguan tersebut, pihak SingTel telah meningkatkan muatan bagi semua kelengkapan perkakasan OLTnya termasuklah di kawasan yang tidak terjejas.

Sementara itu, MDA dalam kenyataannya semalam berkata SingTel dikehendaki menyediakan mutu yang sewajarnya terhadap perkhidmatan televisyen berbayarnya supaya ia memenuhi jangkaan yang diharapkan oleh orang ramai.

Sumber[edit | edit source]