Jump to content

Wn/ms/Filipina, Indonesia raih 2 emas Olimpik dan prestasi negara Asia Tenggara lain

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Filipina, Indonesia raih 2 emas Olimpik dan prestasi negara Asia Tenggara lain

12 Ogos 2024 (Isnin)

Sukan Olimpik 2024 di Paris telah melabuhkan tirainya dengan acara penutupan yang berlangsung di Stadium Stade de France malam tadi, di mana Los Angeles menjadi lokasi seterusnya pada 2028. Bagi rantau Asia Tenggara, sejumlah 16 pingat telah dibutirkan dari lima negara untuk edisi kali ini. Di tempat pertama, Filipina berjaya membawa pulang dua pingat emas menerusi atlet gimnas, Carlos Yulo dalam disiplin lantai dan vault. Ia juga merupakan pencapaian paling gemilang dalam masa 100 tahun sepanjang penyertaan mereka dalam Sukan Olimpik apabila memenangi lebih dari satu pingat emas. Aira Villegas dan Nesthy Petecio pula masing-masing menyumbang dua pingat gangsa dalam acara tinju.

Indonesia berada di tempat kedua setelah mereka meraih dua pingat emas yang masing-masing disumbangkan Veddriq Leonardo dalam acara speed climbing dan Rizki Juniansyah dalam acara angkat berat 73 kilogram. Pingat gangsa pula diraih Gregoria Mariska Tunjung menerusi acara badminton perseorang wanita susulan penarikan diri Carolina Marin dari Sepanyol akibat kecederaan yang dialami ketika menentang He Bing Jiao dari China dalam aksi separuh akhir.

Kontinjen Thailand pula berada di tempat ketiga meskipun meraih jumlah pungutan pingat yang paling banyak dengan 6 butir pingat. Pencapaian paling membanggakan seluruh negara ialah apabila mereka membawa pulang tiga pingat termasuklah satu pingat emas pada hari yang sama. Panipak Wongpattanakit menjadi atlet Thailand pertama merekodkan dua emas dalam sejarah penyertaan Sukan Olimpik setelah dia mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Tokyo menerusi acara taekwando 49 kilogram.

Dua pingat gangsa yang diraih dalam sukan badminton membolehkan Malaysia berada di tempat keempat yang disumbangkan atlet berpasukan Aaron Chia/Soh Wooi Yik dan atlet perseorangan, Lee Zii Jia. Dengan berakhirnya edisi 2024, Malaysia perlu menunggu untuk empat tahun akan datang dalam misi memburu pingat emas Olimpik pertama susulan pembatalan penyertaan atlet harapan negara, Datuk Azizulhasni Awang semasa dalam pusingan kelayakan acara keirin.

Maximilian Maeder merupakan satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat Singapura setelah dia memenangi pingat gangsa dalam acara meluncur layang-layang lelaki. Kejayaan meraih pingat di Olimpik itu hadir pada ketika negaranya sedang menyambut Hari Kebangsaan ke-59 pada Jumaat.

Sementara itu, enam negara tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat untuk edisi Olimpik kali ini iaitu Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Timor-Leste dan Vietnam.


 
Olimpik Asia Tenggara Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
  37 1 Filipina 2 0 2 4
  39 2 Indonesia 2 0 1 3
  44 3 Thailand 1 3 2 6
  80 4 Malaysia 0 0 2 2
  84 5 Singapura 0 0 1 1
  - - Brunei 0 0 0 0
  - - Kemboja 0 0 0 0
  - - Laos 0 0 0 0
  - - Myanmar 0 0 0 0
  - - Timor-Leste 0 0 0 0
  - - Vietnam 0 0 0 0


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog