Wn/ms/Wanita status PR Singapura didenda akibat selit tali pinggang keledar bawah lengan
12 Ogos 2024 (Isnin)
SINGAPURA - Seorang wanita dengan status penduduk tetap Singapura didenda sebanyak A$1,106 (RM3,214) oleh kerajaan Queensland selepas dia melanggar undang-undang berkaitan pemakaian tali pinggang keledar, sebulan selepas dia pulang dari Australia.
Shelley Lu yang juga seorang warganegara China memberitahu sewaktu kejadian pada 26 Julai lalu, dia memakai tali pinggang keledar ketika sedang memandu menggunakan kereta sewa, namun tali pinggang itu diselitkan di bawah lengannya. Kelakuan itu dirakam sebuah kamera trafik di Queensland, Australia.
"Saya berasa sangat kegatalan apabila ia (tali pinggang keledar) menyentuh leher saya, jadi saya letakkan di bawah lengan," katanya. "Tanpa diduga, saya menerima sepucuk surat pada hujung bulan lalu dari kerajaan negeri Queensland yang mengatakan saya tidak mengenakan tali pinggang keledar dengan betul dan akan didenda."
Tambahnya, dia dan keluarganya sangat terkejut dengan maklumat denda yang dikenakan. "Pertama, pelanggaran terhadap undang-undang itu boleh dikenakan denda hingga ribuan dolar. Kedua, saya tak sangka pemakaian tali pinggan yang tidak betul boleh dikenakan denda walaupun saya sudah memakainya."
Meskipun begitu, dia berkata denda berkenaan akan dibayar selepas tarikh akhir pembayaran dilanjutkan ke 26 Ogos sambil mengakui dia tidak mahu sebarang masalah tercetus sekiranya ingin kembali ke sana.
Untuk rekod, semakan di laman sesawang kerajaan Queensland menyatakan dengan terperinci pemakaian tali pinggang keledar dalam kenderaan di mana ia haruslah dipakai dengan cara meletakkan tali pinggang itu merentasi dari bahu melalui bahagian dada serta ia perlu dikunci pada pemegang yang terdapat pada paras pinggang.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Carmen Sin. " Singapore PR fined $1,000 for not wearing seat belt properly during holiday in Australia " — The Straits Times, 11 Ogos 2024
- (Inggeris) " Singapore PR fined RM3,350 for not wearing seat belt properly during holiday in Australia " — The Star, 11 Ogos 2024
- (Inggeris) Lim Kewei. " Caught on camera: Singaporean gets fined $1,000 for not wearing seat belt in Australia " — asiaone, 8 Ogos 2024