Wn/ms/Singapura bubar parlimen, pilihanraya 10 Julai

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Singapura bubar parlimen, pilihanraya 10 Julai

23 Jun 2020 (Selasa)


Singapura - Hari ini, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa beliau menasihatkan Presiden Singapura, Halimah Yacob, untuk membubarkan parlimen. Keputusan beliau untuk mengadakan pilihan raya umum kerana keadaan di negara itu masih stabil untuk melaksanakannya walaupun masih memerangi wabak COVID-19.

Hari penamaan calon akan diadakan pada 30 Jun dan tarikh pengundian akan berlaku pada 10 Julai. Pegawai pilihan raya, Tan Meng Dui berkata, di bawah undang-undang, hari pengundian pada setiap pilihan raya umum ialah cuti umum dan majikan mesti memberikan waktu secukupnya kepada pengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg