Jump to content

Wn/ms/Sembilan masjid di Singapura tawarkan tiga sesi solat Aidiladha

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sembilan masjid di Singapura tawarkan tiga sesi solat Aidiladha

10 Jun 2024 (Isnin)

Sebanyak tiga sesi solat Hari Raya Aidiladha akan diadakan di seluruh Singapura melibatkan 68 buah masjid, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Manakala, hanya sembilan masjid sahaja yang akan menjalankan ketiga-tiga sesi itu.

Bagi solat Hari Raya Aidiladha di Singapura tahun 2024, ia dibahagikan kepada tiga sesi; sesi pertama bermula 7:20 pagi, sesi kedua bermula 8:45 pagi manakala sesi ketiga bermula 9:45 pagi. Bagi masjid yang mengadakan satu sesi sahaja, solat akan dimulakan sama ada pukul 7:20 pagi atau 8:45 pagi.

Sembilan masjid yang menawarkan tiga sesi ialah Masjid Al-Mawaddah (Sengkang), Haji Mohd Salleh (Geylang), Khadijah (Geylang Rd), Assyafaah (Sembawang), Al-Khair (Teck Whye), Ar-Raudhah (Bukit Batok), Assyakirin (Taman Jurong), Abdul Gafoor (Dunlop St) dan Angullia (Serangoon Rd).

Sebelum itu, mufti Singapura Dr. Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan 1 Zulhijjah 1445H jatuh pada Sabtu dan dengan itu umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin 17 Jun. Ini berikutan anak bulan Zulhijjah berjaya dicerap pada petang itu selama 49 minit dan menggunakan kriteria imkanur rukyah bagi penentuan bulan baru Islam di sana.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog