Wn/ms/Saham Samsung jatuh selepas kalah dalam kes saman dengan Apple

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Saham Samsung jatuh selepas kalah dalam kes saman dengan Apple
Samsung Galaxy Tab

27 Ogos 2012 (Isnin)

SEOUL 27 Ogos − Saham syarikat dari Korea Selatan iaitu Samsung Electronics jatuh menjunam lebih kurang 6.75 peratus pada hari Isnin selepas sebuah mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan bahawa syarikat telekomunikasi gergasi Apple menang dalam kes saman antara syarikat itu dengan Samsung berkaitan pelanggaran paten sebanyak $1.05 bilion.

Selepas berada 15 minit dalam dagangan, saham Samsung telah jatuh sebanyak 6.81 peratus kepada 1.187 juta won.

Ketika perbicaraan di mahkamah di San Jose, California, juri mengumumkan bahawa Samsung didapati melanggar enam paten untuk telefon pintar dan komputer tablet.

Penganalisis menjangkakan pendapatan Samsung akan berkurangan kepada 4 peratus tahun ini ekoran tuduhan menciplak reka bentuk iPad dan iPhone keluaran Apple.

Sumber[edit | edit source]