Jump to content

Wn/ms/Setiap rakyat Korea Selatan dianggarkan makan dua ekor ayam setiap bulan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Setiap rakyat Korea Selatan dianggarkan makan dua ekor ayam setiap bulan

21 Julai 2024 (Ahad)

SEOUL - Dianggarkan lebih dari dua ekor ayam dimakan rakyat Korea Selatan dalam sebulan untuk tahun lalu, demikian menurut data yang dikeluarkan pada Ahad. Ia meningkat sebanyak dua kali ganda permintaan ayam per kapita sejak dua dekad lalu.

Hidangan samgyetang yang berasaskan ayam dan ginseng popular pada musim panas.

Statistik yang dikeluarkan Institut Ekonomi Luar Bandar Korea menunjukkan permintaan ayam per kapita mencecah 26 ekor tahun lepas, dengan pengeluaran domestik menyumbang kepada 20 ekor manakala bakinya diimport anggaran bagi setiap rakyat. Tahun lepas sahaja merekodkan kira-kira 15.7 kilogram daging ayam tak termasuk tulang dianggarkan dimakan oleh rakyat.

Sebagai perbandingan, penggunaan daging babi merekodkan pada jumlah 30.1 kilogram dan daging lembu berjumlah 14.8 per kapita.

Salah satu daripada hidangan tempatan yang menggunakan daging ayam ialah samgyetang iaitu sejenis sup ayam Korea. Hidangan itu biasanya dimasak rakyat Korea semasa musim panas bagi meredakan suhu panas yang dialami. Julai tahun lalu merekodkan lebih dari 30 peratus daripada keseluruhan kira-kira 100 juta ekor ayam digunakan bagi menyediakan hidangan itu.

Data juga menunjukkan penggunaan ayam di Korea Selatan adalah lebih tinggi berbanding di negara-negara jiran seperti Jepun yang merekodkan 13.4 kilogram dan China berjumlah 14.1 kilogram per kapita.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog