Jump to content

Wn/ms/Pindaan Akta PDPA 2010 dibawa ke Parlimen, libatkan 7 garis panduan baharu

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Pindaan Akta PDPA 2010 dibawa ke Parlimen, libatkan 7 garis panduan baharu

4 Jun 2024 (Selasa)

Kuala Lumpur - Beberapa pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 yang akan melindungi keselamatan data pengguna secara digital dijangka akan dibentangkan dalam sesi Parlimen penghujung bulan ini.

Gobind Singh Deo (2019)
Imej: Foreign, Commonwealth & Development Office.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata terdapat keperluan untuk melaksanakan pindaan tersebut bagi menjamin keselamatan siber dan melindungi privasi rakyat daripada risiko kecurian data. Ia melibatkan tujuh garis panduan baharu, selaras dengan keperluan semasa pada era digital masa kini.

"Tujuh perkara yang kita ingin bangkitkan, satu daripadanya berkaitan apa yang disebut sebagai notifikasi, apabila berlaku insiden di mana kita percaya ada percubaan untuk breach (pelanggaran), perlu untuk syarikat-syarikat memberikan notis kepada pesuruhjaya supaya kita boleh maklumkan kepada semua pihak yang terbabit seperti tuan punya data dan sebagainya," katanya.

Menurutnya lagi, perincian lanjut mengenai pindaan itu akan dimaklumkan minggu depan.

Mengulas mengenai kebocoran data, Gobind berkata terdapat peningkatan kes yang melibatkan kebocoran data pengguna sebanyak lima peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. "Pada suku akhir tahun lalu kita terima 157 laporan, manakala sebanyak 163 laporan yang diterima suku tahun ini, menunjukkan adanya peningkatan."


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog