Jump to content

Wn/ms/Timbalan Ketua Menteri Sabah wanita pertama, Datuk Ariah Tengku Ahmad meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Timbalan Ketua Menteri Sabah wanita pertama, Datuk Ariah Tengku Ahmad meninggal dunia

16 Jun 2024 (Ahad)

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ariah Tengku Ahmad meninggal dunia pada usia 86 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya dengan aman semasa tidur, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan anaknya, Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad di Facebook.

Semasa hayatnya, beliau pernah menjadi kapten untuk pasukan olahraga Jesselton (kini Sabah) pada 1956, penyampai radio serta berpengalaman dalam bidang kewartawanan.

Dalam bidang politik pula, beliau pernah menjadi ADUN bagi kawasan Kawang dari 1986 hingga 1995 dan memegang portfolio Kementerian Perkhidmatan Sosial Sabah. Beliau juga merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah selain antara yang mengasaskan Persatuan Wanita Sabah (Pewasa).

"Namun paling penting sekali, beliau ialah seorang ibu dan nenek yang paling hebat sekali yang kami semua sayangi dan pasti akan merinduinya selalu," kata Tengku Fuad. "Sesungguhnya kita semua datang dari Allah dan kepada-Nya kita akan kembali. Semoga Allah s.w.t merahmati rohnya, mengampunkan segala dosanya dan tempatkannya di dalam Syurga bersama para solihin."

Ariah, juga dikenali dengan nama Irene Pritchard dari kalangan sahabat terdekat, meninggalkan seorang anak lelaki dan menantu serta tiga orang cucu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog