Jump to content

Wn/ms/Perkhidmatan kereta api Bangkok-Vientiane bermula 19 Julai

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Perkhidmatan kereta api Bangkok-Vientiane bermula 19 Julai

4 Julai 2024 (Khamis)

Perkhidmatan kereta api antarabangsa yang menghubungkan Bangkok dan Vientiane di Laos akan memulakan operasinya pada 19 Julai ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan penyedia perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) semalam.

Kereta api melalui Jambatan Persahabatan Lao-Thai.
Imej: shankar s..

Menurut SRT, projek sambungan landasan untuk jajaran Bangkok-Nong Khai telah siap pada 2023 dan ujian perkhidmatan telah dilakukan sebelum pembukaan rasmi. Di hari pertama, kereta api itu akan bertolak dari Stesen Sentral Bangkok pukul 9:25 pagi waktu Bangkok dan dijangka sampai ke Stesen Khamsavath di Vientiane pukul 9:05 pagi keesokan harinya.

Setelah sampai ke Vientiane, pelancong boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau teksi untuk pergi ke pusat bandar Vientiane yang terletak kira-kira lapan kilometer dari situ.

Atau menggunakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Laos-China jika pengunjung ingin meneruskan perjalanan menggunakan kereta api untuk ke bahagian lain di Laos atau ke China dari stesen Vientiane.

Jumlah masa perjalanan menggunakan perkhidmatan kereta api itu mengambil masa selama 10 jam, dan tambahan 10 minit dari Nong Khai ke Vientiane. Harga tiket sehala dari Bangkok ke Vientiane dijangka bermula dengan harga THB 300 (LAK 180,365 atau RM38) untuk tempat duduk di kelas ketiga.

Untuk rekod, projek pembinaan landasan kereta api Lao-Thai bermula tahun 2013 dan sepatutnya siap pada 2021. Jajaran Lao-Thai itu merupakan sebahagian daripada komponen landasan kereta api serantau yang menghubungkan China ke Singapura melalui Laos, Thailand dan Malaysia.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog