Jump to content

Wn/ms/Siasatan punca peningkatan drastik spesis "Blackchin tilapia" siap dalam masa 7 hari

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Siasatan punca peningkatan drastik spesis "Blackchin tilapia" siap dalam masa 7 hari

21 Julai 2024 (Ahad)

Jabatan Perikanan diberi tempoh selama tujuh hari bagi mencari punca peningkatan drastik jumlah populasi ikan invasif dari spesis Blackchin tilapia kepada Kementerian Pertanian Dan Koperasi di perairan dalam beberapa wilayah dalam negara.

Spesis Blackchin tilapia
Imej: Judgefloro.

Satu pelan komprehensif jangka pendek telah direka untuk mengurangkan populasi ikan itu di kesemua 16 wilayah. Manakala, maklumat yang diterima dari jabatan akan digunakan kerajaan untuk merangka pelan jangka sederhana dan panjang untuk menyelesaikan isu itu.

Prayoon Inskul, setiausaha tetap kementerian berkata satu jawatankuasa telah dibentuk bagi mengawal populasi ikan itu menjelang September tahun hadapan. Sebagai langkah pencegahan jangka pendek, kementerian akan menawarkan untuk membeli ikan itu pada harga 15 baht (RM 1.94) per kilogram sekiranya ia ditangkap di perairan tempatan, namun tawaran itu tidak sah untuk ikan yang diternak sendiri.

Pada Jumaat, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Bancha Sukkaew, mengumumkan larangan menternak ikan Blackchin tilapia manakala kementerian juga mengeluarkan perintah larangan aktiviti itu di bawah Seksyen 144, Akta Perikanan 2015. Mereka yang didapati melanggar perintah itu bakal berdepan dengan hukuman penjara selama setahun atau denda sehingga 1 juta baht (RM 129,391) atau kedua-duanya sekali.

Ikan dari spesis Blackchin tilapia dianggap sebagai ikan invasif kerana ia mampu bertahan dalam keadaan perairan di Thailand dan membiak dengan cepat. Selain itu, ikan yang berasal dari benua Afrika itu memburu ikan-ikan kecil dan telur ikan lain sebagai makanannya dan ia memberi kesan kepada nelayan tempatan kerana spesis ikan tempatan bakal berdepan dengan ancaman.

Ikan itu mampu hidup selama sembilan tahun dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter panjang. Oleh kerana sifat ikan yang invasif, kementerian telah memberi keutamaan kepada pembasmian spesis Blackchin tilapia di seluruh negara sebagai salah satu daripada agenda perikanan nasional.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog