Jump to content

Wn/ms/Penduduk Selatan Thai bakal menerima program televisyen berbahasa Melayu

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Penduduk Selatan Thai bakal menerima program televisyen berbahasa Melayu

9 Oktober 2012 (Selasa)

BANGKOK - Sebagai usaha terbaru untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di Selatan Thai, pihak kerajaan bakal menyediakan program-program televisyen berbahasa Melayu 24 jam untuk di penduduk di kawasan tersebut. Usaha tersebut akan dimulakan pada Januari tahun hadapan.

Program yang akan ditayangkan itu meliputi rancangan berita, pendidikan, hiburan dan sukan. Sebagai permulaan, program tersebut akan mula ditayangkan pada bulan ini untuk beberapa jam setiap hari bagi penduduk di selatan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Thailand, Niwatthamrong Boonsongpaisarn hari ini berkata program bahasa Melayu tersebut akan disiarkan melalui saluran televisyen milik kerajaan, NBT. Tambah beliau lagi,

Kita mahu rakyat Thai di sana mendapat maklumat sama seperti yang lain di negara ini. Saya percaya usaha ini akan dapat menyumbang ke arah penyelesaian masalah di kawasan selatan

Sebelum ini, lebih 5,000 orang maut sejak mereka yang disyaki puak pemisah menggiatkan semula kempen bersenjata menuntut kemerdekaan bagi wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani lapan tahun lalu.

Sumber

[edit | edit source]
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog