Wn/ms/Pemuda Thai buat tatu bentuk sijil perkahwinannya, rai kisah cinta selama 19 tahun
7 Julai 2024 (Ahad)
Seorang pemuda dari wilayah Buri Ram mengabadikan perkahwinan yang dibina selama 19 tahun dengan membuat tatu yang menyerupai gambar sijil pernikahannya, kini tular di media sosial selepas dia memuat naik gambar tatunya di sana.
Nu (nama keluarga dirahsiakan), berumur 37 tahun berkata tatu itu dibuat awal tahun ini sebagai tanda ulang tahun perkahwinan bersama isterinya yang sebaya. Hasil perkahwinan mereka, Nu dikurniakan dua orang anak di mana anak sulungnya seorang perempuan berumur 16 tahun, manakala anak bongsunya seorang lelaki berumur 7 tahun.
Menurut Nu, sijil perkahwinan itu diperolehinya di Pejabat Daerah Muang Buri Ram pada 2019. Tambahnya lagi, artis tatu berkenaan turut terperanjat dengan hasratnya untuk membuat tatu itu yang dikenakan kos sebanyak 2,500 baht (RM322).
"Sepanjang tahun-tahun sebelumnya, kami telah hidup bahagia bersama dan tidak pernah bergaduh besar. Isteri saya ialah seorang yang sangat memahami," katanya.
"Saya tidak berapa kisah apa yang orang lain fikir (mengenai pembuatan tatu), asalkan saya boleh membahagiakan keluarga saya."
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) " Man tattoos marriage certificate to celebrate nearly two decades of love " — The Nation, 6 Julai 2024