Wn/ms/PRU Singapura 2020: PAP menang selesa, WP tambah 4 kerusi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > PRU Singapura 2020: PAP menang selesa, WP tambah 4 kerusi
Jump to navigation Jump to search

11 Julai 2020 (Sabtu)

Bendera Singapura
Berita lain dari Singapura
Lokasi Singapura
Lokasi Singapura


SINGAPURA - Parti Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah sekali lagi memenangi Pilihan Raya Umum di Singapura pada hari Jumaat sambil negara tersebut sedang menghadapi wabak Covid-19. Parti tersebut yang telah memerintah Singapura sejak tertubuhnya negara itu pada tahun 1965, memperolehi undi popular sebanyak 61.2% melalui 83 kerusi yang dimenangi mereka daripada 93 jumlah kerusi sepenuhnya.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Walau bagaimanapun, PAP menyaksikan satu kemerosotan dalam sokongan rakyat terhadap mereka, seperti diakui oleh pemimpinnya, Lee Hsien Loong (gambar) yang juga merupakan Perdana Menteri Singapura. Pada Pilihan Raya Umum yang lepas, parti tersebut telah mendapat undi popular sebanyak 70% dan 87 kerusi di Parlimen, iaitu 93% daripada jumlah keseluruhan kerusi.

Parti pembangkang, Parti Pekerja (WP) telah berjaya memperolehi sebanyak 10 kerusi Parlimen, berbanding 6 kerusi pada Pilihan Raya Umum yang lepas pada tahun 2015. Mereka juga satu-satunya parti pembangkang yang berjaya memenangi kerusi di Parlimen Singapura.

Pilihan Raya ini dilakukan hanya beberapa minggu sahaja selepas negara tersebut melaksanakan sekatan untuk mengekang virus itu.

Singapura yang mempunyai populasi 5.8 juta orang telah merekodkan lebih 45,000 kes Covid-19, dan merupakan antara negara paling teruk terjejas akibat penularan wabak tersebut.

Waktu pengundian dipanjangkan bagi memberi ruang kepada pengundi yang masih dalam pengasingan kendiri dan mempunyai risiko untuk menyebar virus Covid-19 kepada pengundi lain.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg