Jump to content

Wn/ms/Kemalangan libatkan dua kapal, tompokan minyak cemar perairan Singapura

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Kemalangan libatkan dua kapal, tompokan minyak cemar perairan Singapura

15 Jun 2024 (Sabtu)

Sisa minyak mula mencemari di beberapa perairan sekitar Singapura, terutamanya di Pulau Sentosa dan sepanjang Taman East Coast, sehari selepas insiden tumpahan minyak yang berpunca daripada pelanggaran dua buah kapal di Terminal Pasir Panjang. Beberapa pantai ditutup kepada umum bagi kerja-kerja pembersihan.

Salah satu pantai di Pulau Sentosa.
Imej: Jorge Láscar.

Menurut jurucakap Sentosa Development Corporation (SDC), Pantai Palawan, Siloso dan Tanjung di Pulau Sentosa masih lagi dibuka kepada umum, namun aktiviti berenang dan kegiatan air lain tidak dibenarkan buat sementara waktu. "Sisa minyak yang dibawa arus lautan itu mula muncul di beberapa perairan termasuklah Sentosa, Taman Labrador, Pulau Selatan, Jetia Marina Selatan dan Taman East Coast."

Insiden pelanggaran kapal melibatkan kapal korek dengan bendera Belanda melanggar kapal bunker dengan bendera Singapura yang tidak bergerak semalam, menyebabkan berlakunya tumpahan minyak akibat kerosakan pada tangki kargo. Menurut kenyataan dari Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), sebanyak 18 bot respon kecemasan telah digerakan ke lokasi bagi mengawal dan membersihkan sisa minyak.

Sementara itu, orang awam yang berada di pantai-pantai terjejas berkata keadaan di sana tidak begitu menarik dan dicemari dengan bau tompokan minyak. "Orang awam digalakkan berjauhan dari pantai kerana baunya yang agak kuat," demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee menerusi hantaran di Facebook.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog