Wn/ms/Insiden keracunan makanan di pejabat ByteDance, 41 dikejarkan ke hospital
30 Julai 2024 (Selasa)
SINGAPURA - Sekurang-kurangnya 41 orang dikejarkan ke hospital selepas disyaki mengalami keracunan makanan di pejabat ByteDance di One Raffles Quay siang tadi. Ini merupakan kejadian kedua dalam masa seminggu berkaitan insiden keracunan makanan yang melibatkan ramai mangsa di dalam negara.
Media tempatan melaporkan beberapa pekerja syarikat yang membangunkan TikTok itu mengalami simptom keracunan makanan selepas mereka menjamu makanan di kantin pejabat yang terletak di tingkat 26. Ada di diantaranya mengalami muntah-muntah serta sakit perut.
SCDF berkata mereka menerima beberapa panggilan berkaitan insiden itu kira-kira pukul 3:15 petang waktu tempatan. Sejumlah 17 buah ambulans dikerahkan ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kesihatan. "SCDF ambil maklum bahawa kesemua 41 orang menjamu makanan daripada sumber yang sama," menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Menurut jurucakap ByteDance, makanan yang dihidang di kantin mereka disediakan oleh vendor luar berlesen yang telah diberikan kontrak oleh ByteDance. Kesemua hidangan dipercayai tidak dimasak atau disediakan di premis terbabit.
Tambahnya, pihak syarikat komited dalam memberi sokongan penuh kepada pekerja yang terkesan, termasuklah bekerjasama dengan perkhidmatan kesihatan bagi menawarkan bantuan. "Kami sedang menyiasat perkara ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terbabit."
Sementara itu, kata pekerja ByteDance kepada media CNA, vendor terbabit baru diberikan kontrak oleh syarikat kira-kira dua bulan lalu. Pada hari kejadian, vendor itu menghidangkan makanan ala Cina yang popular dari kalangan pekerja.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Zaihan Mohamed Yusof, Christie Chiu. " At least 60 people ill after mass food poisoning case at Singapore ByteDance office " — Straits Times, 30 Julai 2024
- (Inggeris) Rachel Chan, Rachel Lim. " 41 people taken to hospital after mass food poisoning incident at ByteDance office " — CNA, 30 Julai 2024
- (Inggeris) Winnie Li. " 41 people vomit, suffer abdominal pain after eating food at ByteDance office at Raffles Place " — Mothership.sg, 30 Julai 2024