Jump to content

Wn/ms/ESR bakal membina pusat data baharu di Tokyo, berkapasiti 60MW

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > ESR bakal membina pusat data baharu di Tokyo, berkapasiti 60MW

17 Mei 2024 (Jumaat)

Firma hartanah logistik, ESR mengumumkan perancangan untuk membina pusat data dengan kapasiti 60MW dekat Tokyo, Jepun. Pusat data baharu ini bakal menjadi pusat data keempat milik ESR, dan yang kedua dibina di Tokyo. Pembinaan dijadualkan bermula pada suku kedua 2026 dan dijangka akan mula beroperasi pada penghujung 2028.

Bandar Ariake, Tokyo.
Imej: Louise Kanefuku.

Pusat data yang terletak di Ariake, Koto-Ku ini bakal menawarkan perkhidmatan awan, skala dipertingkatkan dan bagi perusahaan besar dengan kebolehskalaan dan kebolehcapaian, menurut ESR. Maklumat terperinci mengenai pusat data ini tidak didedahkan.

Stuart Gibson, pengasas bersama Kumpulan ESR dan Ketua Pengarah Eksekutif Bersama berkata, "Pusat data adalah kunci pertumbuhan utama untuk ESR dan pembangunan di Ariake bakal mengembangkan portfolio kami di Jepun dan APAC (Asia Pasifik). Jepun merupakan salah satu daripada pasaran pusat data terbesar dan paling pesat berkembang di dunia dan projek Ariake kami ini adalah ditransformasikan dari segi jumlah kapasiti yang akan ditawarkan di Tokyo Tengah."

Beliau juga menambah syarikat memiliki kapasiti 1.5GW bagi keseluruhan kawasan termasuklah Hong Kong, Osaka, Seoul, Sydney, Mumbai, dan Singapore.

Selain Ariake, syarikat ESR juga sedang merangka pembangunan pusat data di Pusat Data Cosmosquare berkapasiti 130MW di Osaka, Kampus Pusat Data Keihanna berkapasiti 100MW dan Pusat Data Higashi Kurume berkapasiti 30MW di Tokyo. Selain itu, ESR juga memiliki pusat data berkapasiti 20MW di Indonesia, melalui anak syarikatnya ARA Asset Management yang bekerjasama dengan Pure Data Centres.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog