Jump to content

Template:Wn/ms/Berita utama v2

From Wikimedia Incubator

Lebih 3000 peserta sertai Perarakan Gawai Dayak 2024

Perarakan yang menjadi salah satu acara utama bagi Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri 2024 secara keseluruhan disertai oleh 111 kontinjen.

Presiden Perancis umum gantung cadangan reformasi pilihanraya di New Caledonia

Emmanuel Macron umum penggantungan sementara cadangan kontroversi yang melibatkan pembaharuan kepada proses pengundian, punca kepada rusuhan besar-besaran.

PROTON perkenal e.MAS, jenama untuk produk kereta elektrik

Proton Holdings Bhd melancarkan jenama bagi barisan produk kereta elektrik pertamanya sebagai Proton e.MAS, turut tampil dengan logo baharu.

Kajian terbaru ritual Chichén Itzá, lebih ramai kanak-kanak lelaki menjadi korban

64 mayat yang dijumpai di ruang bawah tanah yang dikenali sebagai chultún adalah berjantina lelaki, di mana ramai diantaranya merupakan saudara terdekat.

Lebih 2.5 bilion pengguna VPN percuma Android berisiko pembocoran data

Hampir 90 peratus aplikasi yang menawarkan perkhidmatan VPN percuma di Google Play Store berpotensi membocorkan data pengguna.