Jump to content

Wn/ms/Saintis temui gua di Bulan, potensi jadi tempat berteduh angkasawan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Saintis temui gua di Bulan, potensi jadi tempat berteduh angkasawan

17 Julai 2024 (Rabu)

Saintis mengesahkan terdapat kewujudan gua di Bulan dengan saiz yang cukup untuk digunakan sebagai tempat berteduh angkasawan di masa hadapan.

Apollo 11 ialah misi membawa angkasawan pertama ke Bulan.

Kajian yang digerakkan oleh sekumpulan saintis Itali mendapati gua itu terletak di jurang yang paling dalam di sekitar Sea of Tranquility, kira-kira 400 kilometer dari tapak pendaratan Apollo 11. Penemuan itu diterbitkan di jurnal Nature Astronomy.

Mereka menganalisis data yang dikumpul melalui satelit radar NASA Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO), kemudian membandingkan dengan laluan lava yang terbentuk di Bumi. Data yang diperoleh menunjukkan luas bukaan gua itu bersaiz kira-kira 40 sentimeter dan kedalamannya mungkin mencecah puluhan meter.

"Gua di bulan kekal menjadi misteri lebih 50 tahun. Jadi ianya menakjubkan apabila akhirnya dapat membuktikan kewujudannya," kata Leonardo Carrer dan Lorenzo Bruzzone dari Universiti Trento menerusi emel.

Dapatan kajian itu juga mendapati terdapat ratusan jurang serta ribuan laluan lava kuno yang boleh dijadikan sebagai tempat perlindungan semulajadi untuk angkasawan, melindungi mereka daripada sinaran kosmik dan radiasi solar serta mengelak daripada terkena hentaman mikrometeorit.

Selain dijadikan sebagai perlindungan, batuan dan bahan mineral yang terkandung dalam gua itu boleh membantu saintis lebih pemahaman mengenai evolusi Bulan dari awal pembentukannya, lebih-lebih lagi melibatkan aktiviti gunung berapi. Ia kerana sumber-sumber itu tidak terjejas oleh keadaan permukaan Bulan yang tidak begitu baik.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog