Wn/ms/Yasser Arafat didakwa mati kerana bahan radioaktif

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Yasser Arafat didakwa mati kerana bahan radioaktif
Makam Yasser Arafat di Tebing Barat.

4 Julai 2012 (Rabu)

RAMALLAH, Palestin 4 Julai − Pihak Berkuasa Palestin telah bersetuju dan meluluskan permohonan untuk proses penggalian semula kubur milik bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat selepas dakwaan terbaru bahawa beliau telah mati diracun dengan unsur radioaktif polonium-210 ketika tahun 2004. Proses penggalian itu adalah atas permintaan balu Arafat sendiri iaitu Suha Arafat yang meminta supaya bedah siasat terhadap Allahyarham suaminya dilakukan

Menurut Pengarah Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud yang dipetik daripada laporan agensi televisyen Al-Jazeera berkata, kajian analisis yang dilakukan mendapati terdapat unsur racun polunium yang tinggi pada sampel biologi Arafat yang diberikan oleh Suha.

Sebelum kematian Arafat, beliau telah dihantar ke sebuah hospital tentera di Perancis untuk mendapatkan rawatan di mana beliau akhirnya meninggal di sana pada 11 November 2004. Doktor yang merawatnya ketika hari-hari terakhir Arafat masih hidup berkata bahawa mereka tidak menjumpai sebab kematiannya Arafat.

Sumber rasmi Palestin pula menganggap kematian Arafat adalah berpunca daripada musuh lama Arafat sendiri iaitu pihak Israel, tetapi penyiasatan yang tidak meyakinkan oleh pihak Palestin pada tahun 2005 mengganggap punca kematian Arafat adalah disebabkan oleh barah, HIV/AIDS atau keracunan.

Sumber[edit | edit source]

Arafat bersama Ehud Barak dan Bill Clinton di Kemuncuk Kem David pada tahun 2000.