Jump to content

Wn/ms/Presiden Iran baharu nyatakan sokongan penuh terhadap pembebasan Palestin

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Presiden Iran baharu nyatakan sokongan penuh terhadap pembebasan Palestin

11 Julai 2024 (Khamis)

Presiden Iran yang baru dipilih, Dr Masoud Pezeshkian mengulangi sokongan penuh Iran terhadap perjuangan Palestin di bawah pentadbirannya. Mesej itu dinyatakan Pezeshkian kepada pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Dr Masoud Pezeshkian (2016)
Imej: Mohammad Ali Marizad.

Dalam mesejnya itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Haniyeh atas mesej tahniah bersempena dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Iran baru-baru ini. Haniyeh berkata Hamas dan rakyat Palestin yakin dengan keupayaan Pezeshkian untuk berkhidmat kepada Iran dalam mendepani cabaran dan kepayahan, selain menegakkan perpaduan dari kalangan negara Islam dengan menyokong perjuangan Palestin serta rakyatnya.

Presiden Iran itu kemudian membalas dengan menyatakan sokongan kepada negara Palestin sebagai kewajipan sesama manusia dan agama. "(Iran) akan terus menyokong negara Palestin yang tertindas sehingga semua aspirasi dan haknya direalisasikan serta membebaskan al-Quds (Baitulmaqdis) yang suci."

Selain menyatakan sokongan terhadap Palestin, Pezeshkian juga melaksanakan polisi berkaitan sokongan terhadap kumpulan anti-Israel, "Resistance Front". Ia antara polisi dan dasar yang telah ditetapkan oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.


Sumber

[edit | edit source]
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog