Wn/ms/Wang Ringgit Malaysia siri baru mula diedarkan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Wang Ringgit Malaysia siri baru mula diedarkan
Jump to navigation Jump to search
Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia

16 Julai 2012 (Isnin)

SUBANG JAYA 16 Julai − Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dan mengedarkan wang kertas siri baru untuk mata wang Ringgit Malaysia. Bagi duit syiling sen pula, ia telah dikeluarkan sejak tahun 2011 lagi.

Siri baru wang kertas itu terdiri daripada denominasi RM100, RM20, RM10, RM5 dan RM1. Wang kertas tersebut mendapat sentuhan warna yang terang dan ia bermotifkan ciri-ciri budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara Malaysia. Keistimewaan siri baru ini adalah pengenalan semula denominasi RM20 yang tidak terdapat dalam siri sebelumnya dan substrat polimer telah digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Wang kertas ini telah dipertingkatkan mutu keselamatannya dengan menggunakan teknologi wang kertas terkini. Ini termasuklah pada imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna yang berubah-ubah dan benang kanta mikro, tanda pandang telus serta petak kilat berwarna.

Sumber[edit]


Kongsikan berita ini Kongsi di Facebook Kongsi di Twitter Kongsi di Google+ Kongsi di Digg.com Kongsi di delicious Kongsi di Reddit.com Kongsi di Stumbleupon.com LinkedIn.com Kongsi di friendfeed Kongsi di identi.ca Kongsi di Tumblr Kongsi di MySpace Kongsi di Newsvine Kongsi di me2day