Jump to content

Wn/ms/Penyelidik dakwa temui lokasi sebenar pesawat MH370, cadang maklumat disahkan dengan segera

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Penyelidik dakwa temui lokasi sebenar pesawat MH370, cadang maklumat disahkan dengan segera

28 Ogos 2024 (Rabu)

TASMANIA - Seorang saintis Australia mendakwa telah menjumpai tempat persembunyian pesawat MH370 yang hilang kira-kira sedekad lalu. Kehilangan pesawat malang itu mencetuskan tanda tanya di seluruh dunia ekoran ia hilang tanpa dikesan mana-mana radar.

Lokasi serpihan yang dipercayai milik MH370, laluan penerbangan pesawat dan kawasan pencarian
Imej: Andrew Heneen.

Menerusi hantaran di laman LinkedIn, Vincent Lyne, seorang penyelidik di Universiti Tasmania berkata lokasi sebenar pesawat itu terhempas berada jauh di dalam Lautan Hindi di mana terdapat lohong berkedalaman 6000 meter di bahagian timur permatang Broken Ridge. Kawasan persekitarannya disifatkan sebagai lasak dan berbahaya serta antara lokasi penemuan banyak spesis hidupan laut dalam baharu.

"Dengan sisi curam yang sempit, dikelilingi dengan permatang lautan yang besar dan pelbagai lohong dalam lain yang dipenuhi mendapan halus - tempat yang "sempurna" untuk bersembunyi," katanya. "Pengesahan lokasi itu perlu dilakukan sebagai perkara utama."

Kertas berkaitan penemuan itu telah diterbitkan Vincent lebih dua tahun lalu, namun ia hanya diterima jurnal Journal of Navigation (JN) baru-baru ini. Kertas kerja itu turut menghuraikan rancangan yang didakwa dilakukan juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah untuk membawa pesawat dengan 239 penumpang itu ke lokasi terakhir tanpa dikesan.

Sebelum ini, teori yang hampir serupa juga pernah dikemukakan juruterbang Britain, Simon Hardy apabila dia mendakwa pesawat itu terhempas di kawasan lautan yang tidak pernah dicari. Namun begitu, teorinya tidak pernah dibuktikan walaupun dia telah dijemput untuk menyertai pasukan penyelidikan rasmi untuk mencari MH370 itu pada 2015.

Dengan menggunakan simulasi penerbangan berteknologi tinggi, dia mengenal pasti lokasi itu berada berdekatan dengan kawasan pencarian rasmi, namun misi itu tamat pada 2017.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog