Jump to content

Wn/ms/Wall Street dibuka lemah, saham-saham perbankan menjunam

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Wall Street dibuka lemah, saham-saham perbankan menjunam

26 Jun 2020 (Jumaat)

Wall Street

New York - Pasaran saham Wall Street dibuka lemah pada sesi pembukaan. Indeks Dow Jones turun 103.91 mata kepada 25,641.69 mata sementara S&P 500 memotong 13.46 mata kepada 3,070.30 mata manakala indeks permodalan kecil, Russell 2000, turun 6.35 mata kepada 1,398.10 mata.

Penurunan Dow Jones adalah kerana saham-saham perbankan seperti JPMorgan dan Goldman Sachs yang menjunam 4-5% dan juga saham Nike yang menjunam 3.6%. Penurunan saham-saham perbankan adalah kerana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) yang menyekat pembelian balik bank untuk pemegang saham, sementara itu saham Nike menjunam kerana pendapatan suku keempat fiskal terlepas.

Pada masa yang sama, penanda aras teknologi, Komposit Nasdaq, juga turun 21.88 mata kepada 9,995.12. Saham Facebook menjunam 3.8% kerana syarikat media sosial itu cuba untuk menghalang sebuah boikot daripada pengiklan.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog