Jump to content

Wn/ms/Pengasas jenama biskut popular Famous Amos, Wally Amos meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pengasas jenama biskut popular Famous Amos, Wally Amos meninggal dunia

15 Ogos 2024 (Khamis)

LOS ANGELES - Wallace “Wally” Amos, pengasas jenama biskut coklat terkemuka dunia Famous Amos, meninggal dunia pada Selasa akibat penyakit demensia. Dia berusia 88 tahun.

Amos ketika sedang bercerita kepada kanak-kanak (2007)
Imej: Tech. Sgt. Shane A. Cuomo.

Berita kematian Amos itu dikongsi anaknya, Shawn and Sarah Amos kepada New York Times. Menurut mereka, Amos telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Honolulu di samping isteri tercinta, Carol. "Ayah kami memberikan inspirasi kepada lapisan generasi usahawan," kata anaknya. "Dengan topi Panama, kazoo dan keyakinan yang tidak terbatas, Famous Amos telah menjadi kisah kejayaan Amerika yang hebat dan sumber kebanggaan warga kulit hitam."

Amos dilahirkan pada 1 Julai 1936 di Tallahassee, Florida. Di awal kehidupannya, dia tinggal bersama ibu saudara, Della Bryant di Harlem yang kerap membuat biskut kepadanya. Kedai Famous Amos pertama dibuka di Los Angeles setelah dia mendapat suntikan kewangan daripada rakan selebritinya yang memberi pinjam $25,000. Biskut yang dijual di Famous Amos merupakan resepi dari ibu saudaranya dan menjadi popular dari kalangan penggemar biskut kerana ia menggunakan bahan semula jadi sahaja di samping tiada bahan pengawet.

Krisis kewangan yang menimpa Famous Amos menyebabkan syarikat itu dijual pada 1988, sekaligus Amos kehilangan tanda dagang penggunaan nama dan wajahnya. Dia pernah bangkit dan cuba memasarkan biskut coklat yang dibuatnya menggunakan banyak nama berbeza. Menurut Amos, biskut yang dijual hari ini adalah sangat berbeza dengan biskut yang dijualnya ketika dahulu. "Kita tak boleh membandingkan biskut yang diperbuat oleh mesin dengan biskut yang menggunakan ekstrak vanila asli," kata Amos kepada AP. "Ia macam membandingkan Rolls Royce dengan Volkswagen."

Amos meninggalkan isterinya, Christine Harris-Amos serta empat anak.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog