Jump to content

Wn/ms/Joe Biden ulang gesaan bebaskan wartawan AS diculik 12 tahun lepas dari Syria

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Joe Biden ulang gesaan bebaskan wartawan AS diculik 12 tahun lepas dari Syria

15 Ogos 2024 (Khamis)

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi gesaannya untuk membebaskan seorang wartawan bebas, Austin Tice yang diculik di Syria. Gesaan itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan Biden bagi memperingati 12 tahun sejak Tice diculik di sana.

Imej Tice yang ditutup matanya selepas diculik (2012)
Imej: FBI.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk membawa Tice pulang sambil menggesa kerajaan Syria untuk bekerjasama bagi membebaskan wartawan itu. "Kami telah berulang kali menggesa kerajaan Syria untuk bekerjasama dengan kami supaya kami, akhirnya, dapat membawa Austin (Tice) pulang ke rumah. Hari ini, saya sekali lagi menyeru agar dia dibebaskan," katanya.

Ujarnya, wartawan bebas seperti Tice memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada awam dan meletakkan tanggungjawab ke atas mereka yang berkuasa.

Untuk rekod, Austin Tice ialah seorang tentera laut A.S. sedang berada di Syria apabila dia dilaporkan diculik pada Ogos 2012 semasa membuat liputan mengenai perang saudara. Dia dikatakan hilang di checkpoint di luar Damascus. Beberapa bulan kemudian, satu video tersebar yang memaparkan Tice dengan matanya dibaluti kain hitam dipercayai sedang dibawa oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Kerajaan Syria telah beberapa kali menafikan pembabitan dalam penculikan itu, merumitkan lagi usaha membebaskan Tice. Walau bagaimanapun, kerajaan A.S. tetap dengan pendiriannya bahawa Tice masih lagi berada di Syria dan terus mendesak Syria untuk memulangkan wartawan itu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog