Jump to content

Wn/ms/Vietnam sasar 10 laluan kabel dasar laut baharu menjelang 2030

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Vietnam sasar 10 laluan kabel dasar laut baharu menjelang 2030

1 Julai 2024 (Isnin)

Vietnam mensasarkan sekurang-kurangnya 10 laluan kabel dasar laut baharu menjelang 2030 serta meningkatkan kapasiti minimum pemindahan data sebanyak 350 Terabyte per saat (Tbps).

Peta laluan kabel dasar laut di seluruh dunia setakat 2015.
Imej: Greg Mahlknecht.

Menurut dokumen "Strategi Pembangunan Sistem Optik Gentian Antarabangsa Negara Menjelang 2030 dengan Visi Sehingga 2035", sekurang-kurangnya dua daripada kabel baharu itu akan dimiliki Vietnam dan disambung secara terus kepada hub digital serantau. Dokumen itu diterbitkan oleh Kementerian Informasi dan Komunikasi Vietnam (MIC).

Menjelang 2027, strategi itu mensasarkan empat laluan baharu bakal diperkenalkan. Laluan itu akan meningkatkan jumlah kapasiti sekurang-kurangnya 134 Tbps. Selain itu, Singapura, Hong Kong dan Jepun dijadikan sebagai rangkaian hub digital utama, sambil menilai jika terdapat keperluan untuk menambah hub digital tambahan.

Di antara 2028 hingga 2030, enam lagi laluan akan ditambah. Dalam peringkat ini, 90 peratus daripada kapasiti keseluruhan disambung kepada empat hub utama di Asia, manakala bakinya dijadikan sebagai sambungan sandaran kepada hub digital di kawasan Eropah dan Amerika.

MIC berkata strategi yang dihuraikan dalam dokumen itu adalah penting sebagai sebahagian daripada infrastruktur digital dan pelaburannya perlu diutamakan bagi memastikan capaian yang bagus dari segi rangkaian dari dalam negara ke luar negara. Kerajaan juga merancang untuk menjadikan beberapa bandar di Vietnam sebagai lokasi penubuhan pusat data serantau, tertakluk kepada jumlah kapasiti rangkaian dari kabel dasar laut.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog