Jump to content

Wn/ms/Vena Energy jalin kerjasama pelaburan projek ladang solar berkapasiti 55MW di Luzon

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Vena Energy jalin kerjasama pelaburan projek ladang solar berkapasiti 55MW di Luzon

23 Ogos 2024 (Jumaat)

MANILA - Syarikat tenaga yang berpangkalan di Singapura, Vena Energy telah menandatangani perjanjian pelaburan bersama syarikat tempatan, MGen Renewable Energy, Inc. (MGreen) dalam membangunkan projek pembinaan ladang tenaga solar panel photovoltaic (PV) berkapasiti 550 megawatt (MW).

Menerusi majlis yang diadakan pada Rabu, pembinaan ladang solar itu dijangka bermula tahun ini dengan pengoperasiannya dijadualkan bermula suku keempat 2025. Ia akan dibina dekat perbandaran Bugallon dalam wilayah Pangasinan yang terletak di Kepulauan Luzon, kira-kira 200 kilometer dari ibu negara.

Menurut laporan skop projek, ladang solar itu akan mencakupi keluasan tanah sebanyak 590 hektar, dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah $565 juta dolar Amerika. Ia akan dibina oleh syarikat 3 Barracuda Energy Corporation yang merupakan anak syarikat Vena Energy. Setelah beroperasi, ladang solar ini bakal menjadi antara yang terbesar di Filipina dari segi kapasiti bekalan elektrik.

Presiden MGen Renewable Energy, Manny Rubio berkata projek itu merupakan salah satu daripada komitmen syarikat dalam mencapai sasaran pengeluaran tenaga boleh diperbaharui sebanyak 1,500 MW menjelang 2030. "Kerjasama pelaburan ini bukan sahaja mendekatkan syarikat dengan sasaran sebanyak 1,500 MW tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030, tetapi juga mengukuhkan lagi jalinan kerjasama kami dengan syarikat sealiran pendapat yang percaya masa depan tenaga mampan merupakan tanggungjawab bersama setiap orang," katanya.

Untuk rekod, data yang dikeluarkan Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) menunjukkan kapasiti tenaga solar yang sudah dipasang setakat 2023 di Filipina adalah berjumlah 1.7 gigawatt. Pada Mei, Jabatan Tenaga menjangkakan sebanyak 1.98 GW kapasiti tenaga solar akan ditambah di seluruh negara.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog