Jump to content

Wn/ms/Kukuhkan hubungan dua hala, delegasi Kemboja disambut Presiden Filipina

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Kukuhkan hubungan dua hala, delegasi Kemboja disambut Presiden Filipina

28 Ogos 2024 (Rabu)

MANILA - Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. menyatakan komitmen beliau dalam memperkukuhkan hubungan dua hala Filipina-Kemboja ketika menyambut kedatangan delegasi Kemboja yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Sok Chenda Sophea di Malacañang pada Selasa.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina dalam memupuk hubungan di antara negara-negara serantau. Bercakap semasa majlis itu, Marcos menekankan kepentingan kerjasama yang lebih erat bersama Kemboja dan negara lain di bawah ASEAN.

"Saya harap kita boleh teruskannya. Kami akan memupuk hubungan ini dan akan terus mempertingkatkan hubungan yang kami miliki untuk tahun-tahun mendatang," katanya memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Komunikasi Presiden (PCO).

Chenda Sophea berada di Filipina bagi menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Bersama untuk Kerjasama Dua Hala Filipina-Kemboja atas jemputan Menteri Luar Filipina, Enrique A. Manalo. Antara agenda dalam mesyuarat itu termasuklah menilai dan menyemak kemajuan langkah-langkah pelaksanaan yang telah dipersetujui semasa mesyuarat terakhir yang berlangsung pada 2021, selain merancang perkara baharu bagi memperkukuhkan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Menurut kenyataan PCO lagi, ini merupakan lawatan rasmi Chenda Sophea ke negara ASEAN sebagai ketua delegasi dan sebagai Menteri Luar Kemboja sejak 2017.

Kedua-dua negara telah mengekalkan hubungan baik sejak jalinan diplomatik disambung semula pada 1995.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog