Jump to content

Wn/ms/Vaksin untuk denggi pertama dilancarkan di Malaysia, perlukan dua suntikan dos

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Vaksin untuk denggi pertama dilancarkan di Malaysia, perlukan dua suntikan dos

12 Jun 2024 (Rabu)

Vaksin pencegah demam denggi keluaran syarikat farmasutikal Takeda, Qdenga dilancarkan secara rasmi bagi penggunaan di Malaysia semalam. Vaksin itu dilaporkan mampu melindungi daripada kesemua empat jenis serotip virus denggi, termasuklah dari virus serotip-2 (DENV-2) yang merupakan varian dominan di Malaysia.

Gambar hiasan.
Imej: Nenad Stojkovic.

Vaksin Qdenga itu telah menerima kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dilaporkan mampu mengawal gejala denggi sebanyak 80.2% selepas 12 bulan menerima vaksin menerusi kajian makmal yang telah dijalankan. Bagi pengambilan vaksin pula, ia memerlukan suntikan sebanyak dua dos pada sela masa tiga bulan. Vaksin itu boleh diberikan kepada mereka yang berumur empat tahun dan ke atas.

Pengurus Besar Takeda Malaysia & Singapura, Dr Lynette Moey berkata, "Pencegahan denggi yang berkesan memerlukan pendekatan dari pelbagai aspek. Dengan Qdenga, ia akan menjadi penambahan penting kepada strategi pencegahan dan pengurusan denggi bersepadu semasa di Malaysia."

Untuk rekod, Qdenga telah diberi kelulusan bersyarat oleh PKBD pada Februari. Menerusi kelulusan bersyarat itu, Takeda perlu mengeluarkan data pemantauan tentang keberkesanan dan keselamatan vaksin yang mengandungi virus denggi yang dilemahkan itu dari masa ke semasa selepas ianya mula dipasarkan di Malaysia.

Di Malaysia, terdapat 41,565 kes dilaporkan dengan 28 kematian direkodkan pada suku pertama 2024, di mana terdapat peningkatan jumlah kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog