Jump to content

Wn/ms/Pengusaha durian tempatan kini boleh eksport durian segar ke China

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pengusaha durian tempatan kini boleh eksport durian segar ke China

20 Jun 2024 (Khamis)

Pengusaha durian di Malaysia kini boleh mengeksport buah durian segar ke China, demikian menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi pemeteraian perjanjian persefahaman bersama China.

Malaysia memperoleh akses pasaran eksport durian segar ke China.
Imej: Jack Merridew.

Dalam rangka lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia, Malaysia dan China memeterai perjanjian berkaitan keperluan fitosanitari bagi membolehkan 'raja buah' itu dieksport ke China dalam bentuk segar. Sebelum itu, China hanya membenarkan pengeksportan durian dalam bentuk ulas, pes dan sejuk beku.

"Pasaran eksport durian Malaysia ke China telah berkembang. Protokol (keperluan fitosanitari) ini akan melonjakkan industri durian tempatan sekaligus meningkatkan nilai eksport agromakanan," kata Mohamad. "Selepas ini durian kita boleh dieksport secara terus ke China dengan mematuhi peraturan dan perlesenan dan lain-lain."

Mohamad juga menggalakkan pengusaha durian tempatan mengambil peluang itu dengan mula menanam durian pada skala yang besar supaya hasilnya boleh dinikmati dan dieksport kira-kira lima atau enam tahun akan datang. "Tanam apa jenis durian sekalipun, tetapi perlulah berkualiti bagus supaya ia boleh dieksport," tambahnya.

Jelas Mohamad, kerajaan sentiasa menawarkan bantuan dan sokongan kepada usahawan bagi memastikan durian yang berkualiti tinggi mampu dihasilkan dan sesuai dieksport ke China, selain meningkatkan pendapatan mereka.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog