Wn/ms/Awie dalam proses pemulihan selepas pembedahan buang tumor
21 Jun 2024 (Jumaat)
Penyanyi rock lagenda Malaysia, Awie mengesahkan dia masih lagi berupaya menyanyi di pentas konsert selama dua atau tiga jam walaupun masih lagi dalam tempoh pemulihan selepas menjalani satu pembedahan pada 2021.
Awie atau nama penuhnya, Ahmad Azhar Othman berkata pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya menyebabkan dia perlu berhati-hati melakukan aktiviti seharian terutamanya membabitkan senaman kerana doktor tidak menyarankannya melakukan senaman berat.
"Doktor tidak sarankan kepada saya untuk lakukan senaman berat, jadi saya lakukan secara bersederhana bagi mengekalkan kecergasan," katanya.
Selain itu, Awie menjelaskan dia perlu kekal sihat kerana sudah berjanji pada diri sendiri untuk menjaga anaknya yang masih kecil. "Kalau saya sakit, (ini bermakna) saya sudah menyeksa isteri saya," tambahnya.
Untuk rekod, pada 2021 Awie pernah menghidap kanser buah pinggang, namun begitu kanser itu berjaya dikesan awal oleh doktor di sebuah hospital swasta. Setelah dipujuk isterinya, Awie berjumpa dengan doktor pakar yang membantu merawatnya.
Sumber
[edit | edit source]- (Melayu) Zaara Talita. "Awie menyanyi dan hiburkan peminat sebagai terapi" — Harian Metro, 21 Jun 2024
- (Melayu) Mya Amri. "Awie Mahu Kotakan Janji Jaga Kesihatan Demi Keluarga - "Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit..."" — Gempak, 21 Jun 2024
- (Melayu) Amirul Asraf. "‘Nak Kata Pulih Sepenuhnya Tidak, Masih Perlu Berhati-Hati’ – Awie" — OhBulan, 21 Jun 2024