Wn/ms/Umat Islam mula berpuasa Sabtu ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Umat Islam mula berpuasa Sabtu ini

19 Julai 2012 (Khamis)

KUALA LUMPUR 19 Julai - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 21 Julai 2012 iaitu hari Sabtu ini.

Pengumuman tarikh permulaan puasa telah dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar, Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah adalah pada Sabtu ini seperti yang ditetapkan oleh perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sumber[edit | edit source]