Jump to content

Wn/ms/Tun Salleh Abas meninggal dunia akibat Covid-19

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Tun Salleh Abas meninggal dunia akibat Covid-19

16 Januari 2021 (Sabtu)


Kuala Lumpur — Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, 91 Tahun, disahkan meninggal dunia akibat Covid-19. Allahyarham menghembaskan nafas terakhir pada jam 3:20 pagi tadi di Hospital Sultanah Raja Nurzahirah, Kuala Terengganu, Terengganu selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Allahyarham dimasukkan ke hosptal pada kelmarin selepas disahkan positif Covid 19.

Anak Allahyarham, Ahmad Johari Salleh memaklumkan hal ini pada hantaran di media sosial.

"Dengan amat dukacita, ayahanda kami, Tun Mohamed Salleh Abas telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021."

"Semoga Allah mengampuninya dan meletakkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Moga Allah kurniakannya Jannatul Firdaus"

Allahyarham selamat dikebumikan pada sekitar 10:30 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara. Upacara pengebumian dilakukan mengikut prosuder operasi standard (SOP) oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tun Salleh Abas pernah menjawat jawatan Presiden Mahkamah Persekutuan dari 1984 hingga 1988 sebelum disingkirkan dari jawatan tersebut selepas peristiwa pengharaman UMNO pada tahun 1988. Jawatan itu kemudian dimansuhkan dan ditukar menjadi Ketua Hakim Negara.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog