Jump to content

Wn/ms/Toni Kroos mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak profesional

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Toni Kroos mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak profesional

22 Mei 2024 (Rabu)

Pemain lagenda Jerman, Toni Kroos mengumumkan persaraan beliau dari arena bola sepak, selepas berakhirnya kejohanan bola sepak Eropah musim panas ini. Pemain berusia 34 tahun itu bakal menggantung but selepas sedekad beliau bersama kelab Real Madrid dan memenangi banyak piala.

Toni Kroos (2018)
Imej: Антон Зайцев.

Menerusi terbitan di aplikasi media sosial Instagram, beliau menulis, "17 Julai 2014 - hari pertama saya diperkenalkan di Real Madrid, hari yang mengubah kehidupan saya. Kehidupan saya sebagai pemain bola sepak - lebih-lebih lagi sebagai seorang manusia. Itu merupakan permulaan kisah di kelab paling terbesar sekali di dunia. Selepas 10 tahun, selepas berakhirnya musim kisah ini bakal berakhir."

"Keputusan ini pada masa yang sama bermakna karier saya sebagai pemain bola sepak aktif akan berakhir musim panas ini selepas Kejohanan Eropah. Seperti yang saya sering berkata: Real Madrid ialah dan akan menjadi kelab terakhir saya. Saya sangat gembira dan berbangga, di dalam fikiran saya rasa ini adalah masa yang tepat dalam membuat keputusan dan saya boleh memilihnya sendiri. Saya selalu bercita-cita untuk menamatkan karier saya semasa di puncak tahap prestasi saya."

Untuk rekod, Kroos memenangi sejumlah 21 trofi semasa beliau bersama Real Madrid, termasuklah empat trofi Liga Juara-juara Eropah dan empat kejuaraan La Liga. Beliau mempunyai peluang untuk menambah satu lagi koleksi trofi Liga Juara-juara Eropah apabila pasukan Real Madrid akan menentang Borussia Dortmund di perlawanan akhir pada 1 Jun.

Beliau juga pernah memenangi Piala Dunia bersama pasukan Jerman pada tahun 2014.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog