Jump to content

Wn/ms/Continental rancang tubuhkan syarikat terbitan yang diterajui bahagian Automotif

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Continental rancang tubuhkan syarikat terbitan yang diterajui bahagian Automotif

6 Ogos 2024 (Selasa)

HANOVER - Syarikat automotif Continental sedang mempertimbangkan untuk memisahkan dan menubuhkan syarikat terbitan (spin-off) bebas yang akan diterajui oleh bahagian Automotif dan disenaraikan di bursa saham Frankfurt seawal suku tahun keempat.

Bangunan pentadbiran Continental AG di Hanover.
Imej: Bärbel Miemietz.

Kumpulan Continental menerusi kenyataan di laman rasminya menyebut, pertimbangan itu adalah wajar memandangkan terdapat peningkatan pasaran dinamik dalam industri automotif. "Syarikat terbitan untuk bahagian Automotif memiliki potensi untuk mencipta peluang kompetitif, mempertingkatkan keupayaan dan ketelusan," kata Prof. Wolfgang Reitzle, pengerusi Lembaga Penyeliaan Continental.

Rancangan menerbitkan syarikat terbitan itu tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah dan Lembaga Penyeliaan sebelum ia dibawa sebagai usul dalam Mesyuarat Pemegang Saham Tahunan Continental AG yang dijangka diadakan April tahun hadapan. "Langkah persediaan untuk pemisahan syarikat (dengan bahagian Automotif) sedang berjalan lancar," tambahnya.

Kumpulan Continental menjangkakan penubuhan syarikat terbitan diselesaikan pada penghujung 2025, jika diluluskan dalam mesyuarat itu.

Untuk rekod, bahagian Automotif menjana hasil jualan lebih kurang €20.3 bilion (RM99.5 bilion) pada tahun fiskal 2023 dan memiliki sekitar 100,000 tenaga kerja.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog