Wn/ms/Tiga kes baharu hari ini, Kluster Sri Petaling tamat

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Tiga kes baharu hari ini, Kluster Sri Petaling tamat
Jump to navigation Jump to search

8 Julai 2020 (Rabu)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberitahu bahawa 3 kes Covid-19 baharu dicatatkan di Malaysia hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,677 kes. Kesemua 3 kes tersebut merupakan kes import.

5 kes telah sembuh hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang sembuh 8,486 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian kekal 121 kes. Sebanyak 70 kes yang masih aktif dan 2 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya satu sahaja kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa yang sama, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Kluster Sri Petaling yang merupakan kluster Covid terbesar di Malaysia diisytiharkan tamat hari ini. Kluster itu telah merekodkan sebanyak 3,375 kes Covid-19 setakat semalam.

Kluster Sri Petaling mula dikesan pada 11 Mac 2020 selepas satu saringan yang dijalankan ke atas jemaah yang menghadiri perhimpunan tabligh.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg