Jump to content

Wn/ms/Terokai bahan NR-REE, Kelantan percepat proses bagi menjana keuntungan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Terokai bahan NR-REE, Kelantan percepat proses bagi menjana keuntungan

8 Julai 2024 (Isnin)

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mempergiat proses dalam meneroka Unsur Nadir Bumi-Bukan Radioaktif (NR-REE) dan menjana keuntungan hasil dari pemprosesan bahan mentah itu di negeri berkenaan

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata kerajaan negeri menerima banyak permintaan dari syarikat-syarikat China yang berminat menjalankan pemprosesan bahan itu di Kelantan. "Kerajaan negeri mahu bekalan NR-REE itu diproses di Kelantan bagi menjana lebih keuntungan berbanding di China," katanya. "Kami akan berbincang dengan syarikat berkenaan dengan lebih lanjut."

Ulas Fadzli, Kelantan telah diberi kebenaran dari kerajaan Persekutuan dalam penerokaan bahan mentah itu, namun ia memerlukan panduan dan prosedur operasi standard. Selain itu, kerajaan negeri juga sedang menunggu kelulusan dari Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang memakan masa hingga tiga tahun sebelum memulakan aktiviti berkenaan.

Dalam pada itu, Fadzli berkata Kelantan memiliki simpanan bekalan NR-REE yang dianggarkan bernilai RM125 bilion daripada jumlah keseluruhan bernilai lebih RM700 bilion yang terdapat di seluruh negara dan merupakan negeri kedua terbanyak memiliki bahan itu.

"Walaupun kerajaan Persekutuan belum membenarkan pengeksportan NR-REE kecuali di projek rintis di Mukim Kenering, kita harap isu itu dapat diselesaikan. Kita akan cuba mencari kaedah terbaik kerana kita (kerajaan Kelantan) tak boleh mendahului kerajaan Persekutuan," tambahnya.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog