Wn/ms/Tan Sri Wan Mokhtar meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Tan Sri Wan Mokhtar meninggal dunia
Jump to navigation Jump to search

21 September 2020 (Isnin)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Sri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia di sebuah hospital di ibu negara pada jam 6.20 pagi tadi.

Allahyarham dihantar ke Pusat Perubatan Prince Court pada hari Sabtu lalu selepas mengalami jangkitan kuman yang menyebabkan jantung Allahyarham menjadi lemah.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, pada jam 3 petang tadi selepas disembahyangkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Turut hadir bagi memberi peghormatan akhir kepada Allahyarham ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Allahyarham merupakan orang yang paling lama memegang jawatan Menteri Besar Terengganu iaitu selama 25 tahun, daripada 1974 sehingga tahun 1999, dan pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi pada tahun 2000 sehingga tahun 2005.

Allahyarham Wan Mokhtar meninggalkan 20 orang cucu dan lima anak hasil perkahwinan bersama isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Aishahtun Mohd Fadullah Suhaimi.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg