Jump to content

Wn/ms/Sultan Muhammad V berkenan sempurnakan penyembelihan dua ekor lembu korban

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sultan Muhammad V berkenan sempurnakan penyembelihan dua ekor lembu korban

18 Jun 2024 (Selasa)

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyempurnakan ibadat korban bersempena dengan Majlis Ibadat Korban Jama'ie anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diadakan di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Sultan Muhammad V (2017)
Imej: New Zealand High Commission Kuala Lumpur.

Baginda tiba di sana kira-kira pukul 10:40 pagi sebelum berkenan menyempurnakan penyembelihan dua ekor lembu dengan berat hampir satu tan. Mengiringi kehadiran baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato' Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz. Turut serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin bin Daud dan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Hasnan Ramli.

Menurut Dr Hasnan, sebanyak 53 ekor lembu dikorbankan untuk program tahun ini di mana tujuh daripadanya merupakan kurniaan Sultan Muhammad V, selain kurniaan dari Tengku Muhammad Fakhry bersama bondanya, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Lembu-lembu itu juga disumbangkan oleh pelbagai agensi kerajaan serta orang ramai.

Tambahnya lagi, seramai 400 petugas telah terlibat untuk program ibadah korban itu dari mulanya proses penyembelihan sehingga pengagihan kepada orang ramai. Seramai 2000 ketua isi rumah terpilih yang terdiri daripada golongan asnaf, fakir dan miskin menerima agihan daging dan tulang korban seberat dua kilogram menerusi masjid-masjid dari seluruh jajahan Kota Bharu.

Baginda kemudian berangkat pulang pukul 11:20 pagi selepas mencemar duli meluangkan masa beramah mesra bersama para petugas dan rakyat yang hadir di program berkenaan.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog