Jump to content

Wn/ms/KKM, penyedia telekomunikasi bincang tawarkan talian HEAL 15555 secara percuma

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > KKM, penyedia telekomunikasi bincang tawarkan talian HEAL 15555 secara percuma

25 Jun 2024 (Selasa)

KUALA LUMPUR - Penggunaan perkhidmatan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 secara percuma sedang diteliti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bersama penyedia telekomunikasi utama.

Kesihatan mental merupakan isu yang membimbangkan dari kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Imej: [https://pixabay.com/users/fotorech-5554393/ Fotorech.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, langkah itu membolehkan lebih ramai dari kalangan remaja untuk tampil menghubungi talian HEAL bagi mendapatkan bantuan kaunseling yang melibatkan masalah mental yang mereka hadapi.

"Kita sekarang sedang menerima tawaran daripada penyedia telekomunikasi untuk menyediakan talian ini secara percuma, memandangkan talian itu pada masa ini dikenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan," kata Lukanisman. "Kita berharap syarikat (telekomunikasi) utama seperti CelcomDigi dan Maxis menawarkan talian ini secara percuma."

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini berkaitan strategi dan pendekatan KKM dalam menangani masalah mental dari kalangan kanak-kanak yang begitu membimbangkan.

Ujar Lukanisman, sejak talian itu dibuka tahun lalu, sebanyak 46,324 panggilan telah diterima. Daripada jumlah itu, 27,361 klien telah menerima bantuan sokongan dan emosi manakala baki 18,963 klien telah diberikan intervensi khusus oleh pegawai kaunseling.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog