Wn/ms/Subky Latif meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Subky Latif meninggal dunia

23 Jun 2020 (Selasa)


Kuala Lumpur - Pengasas akhbar rasmi PAS, Harakah dan bekas wartawan, Ahmad Subky Abdul Latif meninggal dunia kira-kira jam 11.05 pagi tadi. Menurut seorang anaknya, arwah bapanya meninggal dunia kerana sakit sindrom myelodisplasia (MDS) iaitu kanser darah. Arwah bapanya meninggal di rumah di Taman Karak Utama, di sisi ibunya, Naznah Taha dan lima anaknya.

Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah selepas solat Zuhur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Rauhatus Sakinah, Batu Caves. Terdahulu, berita kematian veteran PAS berusia 80 tahun itu dimaklumkan oleh anak-anaknya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad Subky ialah pengasas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah pada tahun 1978 dan pernah menjadi kolumnis tetap ruangan 'Mens Sana in Corpore Sano' dalam akhbar itu.

Sebelum menyertai PAS, beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Sumber[edit | edit source]