Jump to content

Wn/ms/Starship berjaya melakukan penerbangan ke angkasa dan kembali ke Bumi

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Starship berjaya melakukan penerbangan ke angkasa dan kembali ke Bumi

7 Jun 2024 (Jumaat)

Roket gergasi Starship milik SpaceX berjaya melakukan pendaratan di atas Lautan Hindi menerusi percubaan keempat prototaip sistem roket Starship yang dibangunkan dengan tujuan penggunaan berulang kali dalam misi penjelajahan ke angkasa lepas.

Starship SN9 (2021)
Imej: Jared Krahn.

Kejayaan itu bermakna kedua-dua objektif misi itu telah tercapai iaitu membawa tujahan peringkat pertama Starship dikenali sebagai Super Heavy dan didaratkan di atas permukaan lautan berhampiran Teluk Mexico serta mengawal kemasukan kapal Starship ke orbit Bumi tanpa menjejaskan fungsi dan mendaratkannya di atas lautan.

Menerusi siaran langsung yang disiarkan oleh SpaceX, tujahan Super Heavy itu berjaya didaratkan di Teluk Mexico selepas tujuh minit roket dilancarkan dari tapak Starbase berdekatan Boca Chica di bahagian selatan Texas. "Anda boleh melihat permukaan air di bawah. Kami berjaya mendaratkannya," kata pengulas sambil disaksikan oleh ratusan krew yang menyorak kegembiraan.

Selepas 48 minit, kapal Starship mula memasuki ruang orbit Bumi pada altitud 73 kilometer, di mana gas plasma dilihat menyelubungi di bahagian luar kapal. Paparan dari sebuah kamera yang diletakkan berdekatan kekepak kapal itu menunjukkan komponen pelindung haba pada kekepak itu mula terbakar dan cebisan-cebisannya terkeluar satu demi satu. Salah satu daripada cebisan itu terkena lensa kamera dan menyebabkan retak.

Walaupun siaran dari kamera itu tergendala, namun kembali pulih dan akhirnya kapal Starship berjaya didaratkan.

"Tahniah pasukan SpaceX atas pencapaian yang hebat!!," kata Elon Musk menerusi hantaran di X.

Pencapaian itu memungkinkan penggunaan kapal angkasa yang boleh diguna semula sepenuhnya dalam misi mewujudkan koloni manusia di Bulan dan Marikh secara efektif dan berekonomi.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog