Jump to content

Wn/ms/Siri Netflix adaptasi dari permainan "Horizon: Zero Dawn" berpotensi dibatalkan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Siri Netflix adaptasi dari permainan "Horizon: Zero Dawn" berpotensi dibatalkan

5 Julai 2024 (Jumaat)

Projek siri televisyen Horizon, yang diadaptasi daripada permainan video PlayStation popular, Horizon: Zero Dawn dilaporkan tidak akan diteruskan buat masa ini gara-gara tuduhan yang melibatkan pengarah kreatif Steve Blackman yang bertanggungjawab membangunkan siri itu ke Netflix.

Reruai Horizon: Zero Dawn semasa acara Gamescom Cologne 2015.
Imej: Dronepicr.

Blackman dituduh mengamalkan persekitaran kerja yang tidak baik selain mengambil kredit ke atas penghasilan kerja dari pekerja lain. Dia juga dituduh mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan umum, termasuklah komen terhadap pelakon Elliot Page.

Kesemua tuduhan itu didedahkan media Rolling Stone menerusi 12 sumber yang tidak dinamakan termasuklah dokumen aduan dari Bahagian Sumber Manusia dipercayai dikeluarkan awal 2023. Blackman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Selain projek Horizon, siri Orbital yang berkisarkan mengenai angkasa lepas juga dilaporkan tidak akan diteruskan setelah pendedahan itu dibuat.

Untuk rekod, Netflix mula membangunkan siri Horizon pada 2022 dan mengambil Steve Blackman sebagai pengarah dan penerbit. Ia berkisarkan tentang perjalanan watak utama bernama Aloy dalam dunia pasca malapetaka yang dihuni manusia prasejarah serta robot dari teknologi masa depan berbentuk seakan haiwan dan dinasour.

Setakat berita ini dilaporkan, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan Netflix dan Sony berhubung pendedahan itu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog