Wn/ms/Shinzo Abe letak jawatan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Shinzo Abe letak jawatan

28 Ogos 2020 (Jumaat)


Tokyo Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada Jumaat mengumumkan peletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya. Abe merupakan orang yang paling lama memegang jawatan Perdana Menteri di Jepun.

Dalam satu sidang media yang dibuatnya hari ini, beliau berkata "Saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan kepercayaan bahawa saya tidak boleh lagi jadi Perdana Menteri jika saya tiada keyakinan yang saya boleh laksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya oleh rakyat."

Abe mendedahkan bahawa dia menghidapi penyakit radang usus kronik atau UC (ulcerative colitis).Menurutnya, beliau sudah menerima rawatan baharu untuk penyakit berkenaan, yang perlu dilakukan secara berkala, sekali gus tidak memberinya waktu mencukupi untuk melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg