Jump to content

Wn/ms/Laman web Kissanime dan Kissmanga ditutup apabila Jepun ketatkan undang-undang cetak rompak

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Laman web Kissanime dan Kissmanga ditutup apabila Jepun ketatkan undang-undang cetak rompak

15 Ogos 2020 ()


Kissanime dan Kissmanga yang merupakan laman web yang menyedia rancangan anime secara percuma dan juga secara cetak rompak ditutup hari ini. Penutupan itu tersebar cepat di Internet dan ramai netizen meluahkan kesedihan mereka di Twitter.

Menurut pihak Kissanime di Discord, "KissManga dan KissAnime akan ditutup buat selama-lamanya. Terima kasih kerana sokongan anda. Terima kasih untuk tahun tahun tersebut."

Laman web tersebut ditutup kerana pemilik hak cipta telah memadam fail-fail tersebut. Pada sekitar Jun 2020, Parlimen Jepun dikatakan telah mengesahkan undang-undang cetak rompak anti-dalam talian yang disemak semula, melarang memuat turun manga, majalah, dan teks akademik secara haram, selain muzik dan video yang sudah dilindungi oleh undang-undang yang ada.

Undang-undang akan dikuatkuasa pada 1 Januari 2021.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog