Jump to content

Wn/ms/Pelakon Jepun, Haruma Miura, ditemui tergantung di rumah

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Pelakon Jepun, Haruma Miura, ditemui tergantung di rumah

19 Julai 2020 (Ahad)

Seorang pelakon Jepun terkenal, Haruma Miura, ditemui dalam keadaan tergantung di rumahnya di Tokyo pada jam 1 tengah hari. Dia telah dihantar ke hospital namun malangnya dia gagal diselamatkan.

Kejadian itu terbongkar kerana Miura dijadualkan untuk berjumpa dengan seseorang untuk urusan kerja, namun tidak muncul. Sumber juga mengatakan bahawa terdapat nota bunuh diri yang ditemui di rumahnya.

Miura memulakan kerjaya lakonannya ketika zaman kanak-kanaknya dan sangat terkenal menerusi filem Kimi ni Todoke pada 2010. Dia turut membintangi Attack on Titan pada 2015.

Dia turut popular membintangi pelbagai drama TV termasuk Bloody Monday, Last Cinderella dan Gokusen. Filem-filem lainnya juga termasuk Koizora dan Eien no Zero.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog