Jump to content

Wn/ms/Sekolah PBB dibom di Gaza, tiada amaran awal dikeluarkan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sekolah PBB dibom di Gaza, tiada amaran awal dikeluarkan

7 Jun 2024 (Jumaat)

Sekolah yang dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dekat Nuseirat di bahagian tengah Gaza dibedil dengan bom oleh pihak ketenteraan Israel pada Khamis, demikian menurut laporan berita yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan dan kenyataan media kerajaan Gaza mengesahkan 37 orang terbunuh dalam serangan itu, termasuklah 14 orang kanak-kanak dan sembilan orang wanita. Seramai 6,000 pelarian dilaporkan menjadikan premis sekolah itu sebagai tempat perlindungan.

Philippe Lazzarini, Ketua UNRWA bagi Pelarian Palestin berkata Israel telah mengebom sekolah itu tanpa memberi amaran kepada ribuan pelarian yang berada di situ. "Satu lagi sekolah UNRWA yang dijadikan tempat perlindungan diserang. Kali ini di Nuseirat, di bahagian tengah (Gaza), diserang semalaman oleh Ketenteraan Israel tanpa amaran awal kepada penduduk atau UNRWA," katanya.

"Serangan, sasaran atau menggunakan bangunan milik PBB bagi tujuan ketenteraan adalah secara terang-terangan melanggar Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa. Staf, premis dan operasi PBB perlu dilindungi pada setiap masa. UNRWA berkongsi koordinat kesemua fasilitinya (termasuklah sekolah itu) kepada pasukan Israel dan pihak lain yang terlibat dengan konflik."

Tegasnya, menggunakan atau mensasarkan bangunan PBB tidak boleh dijadikan sebagai norma baru dan pihak yang terlibat mesti bertanggungjawab atas serangan itu.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog