Wn/ms/Sarjan Faridah anggota Malbatt meninggal dunia di Lubnan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sarjan Faridah anggota Malbatt meninggal dunia di Lubnan

21 Mei 2024 (Selasa)

Lubnan - Seorang pegawai Malaysia dalam misi pengaman PBB meninggal dunia pada Sabtu di Lubnan. Sarjan Faridah Abd Rahman merupakan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) meninggal dunia pada jam 2:25 pagi waktu tempatan.

Peta yang menunjukkan taburan pasukan dari beberapa negara di bawah UNIFIL (2018).
Imej: United Nations Interm Force In Lebanon.

"Allahyarhamah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Malbatt 850-11 apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah. Allahyarhamah pada ketika itu baru pulang ke Lubnan selepas selesai bercuti di Malaysia," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM).

"Jenazah Allahyarhamah akan dihantar ke Hospital Hammoud, Saida untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian yang akan dijalankan pada 10.30 pagi waktu Lubnan atau 3.30 petang waktu Malaysia hari ini."

Gurauan seakan menjadi kenyataan

"Tengok-tengok sampai kain putih saja," itu teks gurauan yang dihantar Sarjan Faridah kepada adiknya Hafyzoh, 21 tahun melalui aplikasi permesejan WhatsApp ketika dia dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada 18 April lepas.

Menurut adiknya lagi, Sarjan Faridah ada menerbitkan status WhatsApp pada hari kejadian yang bertulis, "Perjalanan yang teruk dirasakan tak pernah lagi jadi macam ini berjalan sikit pening kepala". Kata adiknya, "Bila (saya) hantar mesej, arwah tak balas dan saya telefon, kawannya jawab kata arwah jatuh."

Sementara itu, menurut suami arwah, Noor Azmi Ariffin, 39 tahun berkata isterinya tidak menunjukkan sebarang tanda ketika dia bercuti malah aktif melayan karenah empat orang anak mereka. Dia mengakui agak terkejut apabila menerima berita mengenai isterinya itu.


Sumber[edit | edit source]